Khasiat Madu Tualang Rimba (Khazanah Alam untuk Setiap Insan)

 مادو توالڠ ريمبا زواني

Amalkan minum Madu Tualang Rimba dengan sukatan satu atau dua sudu pada setiap pagi sebelum sarapan serta malam sebelum tidur. Insya-Allah, anda akan merasai khasiatnya yang amat hebat.

Madu Tualang Rimba Zawani telah diuji melalui ujian makmal MARDI bertujuan untuk pengesahan isi kandungan serta ketulenan (keasliannya). No. Rujukan Ujian: TS3/TC/2017-0761.

Madu tualang yang berasal daripada nektar bunga-bungaan hutan rimba semulajadi yang terletak di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia mempunyai nilai khasiat pemakanan yang amat tinggi.


Madu tualang hutan ini diperkirakan telah pun wujud sejak ribuan malahan jutaan tahun yang lalu serta merupakan makanan tinggi khasiat semulajadi tertua di dunia.

Khasiat madu sebagai penawar mujarab bagi manusia ada dinyatakan di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT :

وأوحى ربك إلى النحل أن اتخذى  من الجبا لبيوتا ومن ٱلشجر وممـا يعـرشون. ثم كلى من كل الثمرت فاسلكى سبل ربك ذللا يخرج من بطونها شراب مختلف الونه٬ فيه شفاء للنـاس٬ إن في ذلك لاية لقوم  يتفكرون

Maksudnya:
"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, "Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia. Kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)." Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir."
(An-Nahl, 68-69)


Antara khasiat madu tualang hutan ini berdasarkan beberapa kajian:

* Dapat meningkatkan metabolisme tubuh
* Mengandungi agen anti-oksidan
   (anti-oksidan dapat menghalang serta
   membunuh pertumbuhan sel kanser)
* Melancarkan aliran darah
* Melancar sistem pencernaan
* Meningkatkan stamina
* Membantu mengawal tekanan darah
* Menambah tenaga / kecergasan
* Bersifat anti-bakteria (boleh disapu
   pada luka atau kudis)  
* Mengandungi beta karotin serta glukosa
* Tiada kandungan gula sukrosa (boleh 
   dikosumsi oleh pesakit diabetes, dengan
   nasihat doktor, sebagai pemanis 
   alternatif).
* Kaya dengan karbohidrat (karbohidrat 
   amat diperlukan tubuh untuk sumber 
   tenaga serta rintangan terhadap 
   pelbagai jenis penyakit).
* Melegakan keletihan atau tubuh lesu
* Menguat daya tahan tubuh (antibodi) 
* Memudah proses penghadaman
* Mencergaskan sel-sel otak (menguat 
   daya ingatan) 
* Dapat mengatasi masalah tulang rapuh
   (umur 45 ke atas) 
* Mengurangkan tahap keracunan (toksin)
   tubuh perokok.     
* Mengandungi vitamin-vitamin A, B1, B2,
   B3, C, D, E dan K. 
* Melegakan batuk berkahak/batuk biasa
   (dicampur perahan lemon atau limau
   nipis), alirkan di tekak lalu biarkan
   beberapa minit. Campuran ini akan
   mencairkan kahak.
* Melegakan sakit tekak (dicampur 
   perahan lemon atau limau nipis)
* Melegakan selesema (berhingus), ambil
   dua sudu madu dicampur segelas air 
   kosong suam, diminum dua kali sehari
   (sebaiknya dicampur sedikit perahan 
   lemon atau limau nipis).
* Melegakan demam panas; ambil sesudu    
   madu dicampur setengah gelas air kosong
   diminum tiga kali sehari.
* Melicin serta menghalus kulit wajah 
   (disapu pada kulit wajah) 
*  Menyingkir kolesterol (sangat efektif jika
    dicampur kulit kayu manis)
*  Melegakan kembung perut (angin) 
*  Meningkatkan tenaga seksual
* Meneutral keracunan/toksin tubuh. 
* Awet muda (memperbaiki sel kulit) 
* Elok disapu pada kulit melecur kerana
   madu dapat memperbaiki sel-sel kulit
   serta mencegah infeksi bakteria. 
* Menstabilkan masalah sukar tidur
* Memberi tenaga dan rasa segar
   ketika bangun tidur pada pagi hari
   (minum madu pada waktu malam 
    sebelum tidur)    
* Mengembalikan selera makan (bagi
   yang mempunyai masalah kurang
   selera makan) 
* Sebagai sumber tenaga yang seimbang
   untuk yang sedang berdiet. 
* Melawaskan pembuangan air kecil dan
   besar (pengaliran lancar)
* Mengatasi masalah sembelit
* Melegakan lenguh-lenguh badan
   (minum pada malam hari sebelum tidur)
* Elok diamalkan oleh penderita asma
* Mengatasi mulut berbau (minum serta
   berkumur dengan air dicampur madu)
* Elok diamalkan oleh penderita gastrik
* Elok diamalkan oleh penderita resdung
* Melegakan rasa alahan (alergi)
* Melegakan sakit-sakit sendi
* Elok diamalkan oleh orang lanjut usia
* Madu tualang dikocok kuning telur
   ayam kampung dapat memberi kesegaran
   tubuh untuk sepanjang hari.
* Madu tualang boleh dicampur dengan
   rempah jamu untuk selepas bersalin.
* Dan lain-lain khasiat lagi. 

Madu meskipun manis namun ia bukanlah gula. Ia adalah manisan bunga-bungaan atau nektar tumbuh- tumbuhan secara semulajadi. Namun demikian, madu mempunyai kandungan fruktosa dan glukosa seimbang yang boleh dijadikan pengganti gula untuk keperluan tubuh manusia.

Kandungan sukrosa juga rendah malah hampir tidak dikesan di dalam kandungan madu tualang rimba. Madu boleh diambil oleh pesakit diabetes dengan kadar yang minimum sebagai pengganti gula dalam pemakanan harian. Namun begitu, adalah disyorkan agar mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.


Madu tualang rimba (hutan) adalah madu lebah liar yang mana lebah-lebahnya memperolehi sumber nektarnya seratus peratus daripada tumbuh-tumbuhan alam semulajadi. Lebah-lebah ini hinggap di beratus-ratus jenis kuntuman bunga atau sumber nektar seperti hujung daun atau buah-buahan hutan untuk menghasilkan madu yang dianggap paling berkhasiat di dunia.

Madu yang paling berkhasiat serta tinggi mutunya adalah madu yang diperoleh dari kawasan hutan belantara di daerah pedalaman. Di kawasan begini, lebah-lebah tualang memperoleh sumber manisan yang benar-benar semulajadi serta jauh dari pencemaran mahupun sebarang aktiviti  aktif manusia yang dapat mempengaruhi corak pemakanan lebah.

Beberapa kajian yang dilakukan oleh pihak yang berautoriti serta pakar penyelidik dari beberapa universiti tempatan telah mendapati bahawa madu tualang rimba mempunyai nilai khasiat lima kali ganda lebih tinggi berbanding madu lebah biasa.

Madu yang berkualiti tinggi inilah yang kini dapat anda nikmati dari setiap pek botol Madu Tualang Rimba Zawani. 

Madu tualang ini adalah 'khazanah alam semulajadi untuk setiap insan', merupakan suatu anugerah alam yang amat tinggi nilainya di muka bumi ini. 

PERINGATAN:

Madu tualang ini sebaiknya disimpan di tempat yang terlindung, tidak di tempat bersuhu tinggi seperti berdekatan dengan dapur memasak serta tidak terdedah kepada pancaran cahaya matahari. Sebaiknya disimpan di tempat bersuhu bilik.

Pengambilan madu tualang oleh orang dewasa ialah satu atau dua sudu sederhana boleh diminum terus atau dicampur dengan segelas air kosong, diminum setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Bagi kanak-kanak pula hanya satu sudu, pada waktu yang sama.

Berikut adalah petikan daripada suatu sumber berita (BERNAMA):

Madu Tualang Berpotensi Ubati Penyakit Kanser











KOTA BHARU: Madu lebah tualang yang banyak terdapat di kawasan hutan simpan negara ini berpotensi menjadi suplemen dalam terapi kanser terutama kanser payudara, kata Ketua Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof Madya Dr Nik Soriani Yaacob.
Katanya, kajian awal mendapati madu lebah dari pokok tualang yang tumbuh liar dalam hutan berpotensi menyekat penyuburan sel-sel kanser di samping membunuh sel berbahaya itu daripada merebak.
"Namun begitu, penyelidikan ini masih di peringkat awal dan banyak kajian perlu dilakukan untuk memahami dengan lebih mendalam proses yang dirangsang oleh madu menyebabkan kematian sel-sel kanser tersebut," katanya dalam kertas kerja bertajuk Aktiviti AntiKanser Madu Lebah Tualang pada satu seminar mengenai penggunaan madu lebah asli di sini hari ini.
Seramai 300 peserta hadir pada seminar dua hari itu bagi membincangkan antara lainnya mengenai khasiat madu lebah asli dalam bidang perubatan, cara mempopularkan penggunaan madu lebah dalam masyarakat dan menerokai pelbagai kegunaan madu lebah asli sebagai minuman dan makanan.
Program anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian itu di sini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Fama, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz.
Menurut Dr Nik Soriani, kajian menjurus kepada kaedah mengenal pasti sama ada madu dapat membunuh sel kanser atau membantu mengurangkan penggunaan dos dadah atau radiasi yang diperlukan bagi membunuh kanser.
"Kajian itu bagi mengenal pasti sama ada madu boleh menghalang atau mengurangkan pembentukan kanser memandangkan kajian sebelum ini mendapati madu mengandungi pelbagai komponen yang mempunyai aktiviti antioksidan, antiinflamatori dan antikanser," katanya.
Beliau berkata, penyelidikan juga menemui madu lebah tualang mempunyai pelbagai aktiviti antikanser dan kesan sitotoksik yang berlaku ke atas beberapa jenis sel kanser yang dikultur (ditumbuh) dalam makmal.
"Sel kanser yang dirawat dengan madu ini (tualang) menjalani proses apoptosis (kematian sel kanser) yang biasanya tidak berlaku pada sel itu, tambahan lagi madu lebah tualang dapat meningkatkan rangsangan kematian sel kanser payudara oleh dadah tamoxifen," katanya.
Dr Nik Soriani berkata kesimpulannya, kajian ke atas sel kanser dan tikus makmal mendapati madu lebah tualang mempunyai aktiviti antikanser yang dikultur menyebabkan kematian sel kanser, mengesan sel kanser, menyekat pertumbuhan sel kanser dan peningkatkan jumlah sel imun yang membunuh sel kanser.
Dekan Penyelidikan Sains Klinikal USM, Prof Dr Nor Hayati Othman berkata, pihaknya menerima sumbangan 1.3 metrik tan madu lebah percuma daripada Fama sejak kajian itu dijalankan bagi membolehkan kajian dibuat dengan berkesan terutama dalam penyakit kanser.
Beliau berkata, sumbangan berperingkat-peringkat sejak 2006 itu mendapati madu lebah tualang dianggap paling asli berbanding dengan madu lebah lain atau yang diimport dan memberi potensi dalam amalan harian.
"Madu tidak asli menyebabkan kesan sampingan yang berpanjangan dan perlu dihindari," kata Dr Nor Hayati. - BERNAMA

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/01/11/madu-tualang-berpotensi-ubati-penyakit-kanser/#8uWc7YSf3xlWDGtG.99

petikan akhbar berkenaan khasiat madu tualang untuk tulang rapuh:
Kajian: Madu tualang berkesan atasi masalah tulang rapuh
27/9/2016 0:06

MADU TUALANG BERKESAN ATASI MASALAH TULANG RAPUH

KELANTAN 27 Julai 2016: Kajian oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati madu tualang berkesan membantu masalah osteoporosis (tulang rapuh) dalam kalangan wanita yang putus haid, setanding dengan ubat moden.

Timbalan Dekan (Bahagian Penyelidikan) Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Prof Dr Rosline Hassan berkata penemuan itu hasil kajian sejak 2006 melibatkan sekumpulan wanita berusia 45 tahun dan ke atas.

"Kami membuat satu perbandingan antara wanita yang diberikan madu tualang secara konsisten iaitu sebanyak 20 gram sehari selama empat bulan dengan wanita yang mengambil ubat moden.

"Kajian mendapati madu tualang mempunyai kebaikan yang sama dengan ubat moden dari segi ketumpatan tulang," katanya kepada Bernama di luar Koloquium mengenai Kajian Produk Semulajadi dalam Kesihatan, di USM Kubang Kerian hari ini (26 Sep).

"TAHAP KERACUNAN PEROKOK BERKURANGAN"

Dr Rosline berkata kajian sama turut dilakukan ke atas perokok dan didapati tahap keracunan dalam tubuh mereka berkurangan selepas mengambil madu tualang sebanyak 20 gram sehari selama tiga bulan.

"Pembuktian secara saintifik ini menunjukkan produk semula jadi mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu terus diterokai penyelidik negara khususnya penyelidik USM dari semasa ke semasa," katanya.

KETULENAN MADU PERLU DITEKANKAN

Bagaimanapun, katanya, ketulenan produk semula jadi terutama madu tualang perlu ditekankan untuk memastikan ubat-ubatan tradisional berkualiti serta selamat untuk digunakan.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Prof Dinsuhaimi Sidek, yang membuka kolokium itu, berkata penggunaan ubat-ubatan tradisional adalah sebanyak 69.4 peratus di Malaysia terutamanya dalam terapi berasaskan herba untuk mengekalkan kesihatan.

Kolokium berkenaan diadakan bagi mengumpul para penyelidik untuk berkongsi maklumat terkini berkaitan penyelidikan produk semulajadi dalam bidang kesihatan.

Antara topik lain yang dibentangkan ialah penggunaan produk ikan haruan, tongkat ali dan hempedu bumi dalam menangani isu kesihatan seperti penyembuhan luka, barah dan kesihatan lelaki.  

- Bernama/nd
 Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/gayahidup/kajian-madu-tualang-berkesan-atasi-masalah-tulang-rapuh/3158222.html

Petikan daripada berita MyMetro:

Madu Tualang Mempunyai Khasiat 5 kali ganda

Ramai mengetahui khasiat madu, baik daripada lebah dipelihara atau lebah liar.
Sehubungan itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah memasarkan madu lebah tualang yang dibotolkan di bawah jenama Agromas untuk pasaran dalam dan luar negara.
Madu tualang adalah madu hutan berkhasiat tinggi, malah beberapa kajian termasuk universiti tempatan mendapati ia mengandungi lima kali ganda lebih khasiat daripada madu lebah dipelihara.
Ini disebabkan kepelbagaian sumber nektar yang diambil lebah hutan gergasi (apis dorsata).
Lebah mengambil sumber nektar daripada pelbagai flora di hutan yang mengandungi khasiat tinggi.
Pembantu Ehwal Ekonomi Kanan FAMA Kedah, Abdullah Yahaya berkata, madu tualang di bawah jenama Agromas mula dihasilkan untuk dipasarkan bermula pada 1996.
Menurutnya, madu lebah tualang berbeza dengan madu lain dan hanya didapati di dalam hutan di kawasan Padang Terap, Sik, Baling, Gunung Jerai di Kedah selain Perak dan Terengganu.
“Madu ini hanya boleh diperoleh sekitar Disember hingga April iaitu ketika musim buah selain bekalan daripada penduduk tempatan.
“Bekalan madu yang diperoleh akan diuji di makmal bagi memastikan ketulenan dan bayaran berdasarkan kualitinya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah 2015 (HPPNK) di Taman Jubli Emas, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.
Katanya, FAMA mempunyai peralatan untuk menentukan kualiti madu lebah sebelum dipasarkan.
“Pusat memproses madu tualang di pekan Kuala Nerang diwujudkan pada November 1995 dan dijadikan pusat sehenti untuk pengguna dan pengumpul madu lebah.
“Madu tualang keluaran FAMA ini sudah memasuki pasaran Brunei dan Singapura,” katanya.
Beliau berkata, madu baik untuk mengubati batuk, batuk kering, asma, alahan, gastrik, resdung, sakit sendi dan sukar tidur.
“Madu tualang turut membantu menambah stamina dan membekalkan tenaga serta meningkatkan metabolisme tubuh.
“Ia berfungsi sebagai agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti pemusnahan sel serta merawat luka,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 8:33 AM







Comments

  1. Assalamualaikum semua nk kongsi boleh jika ada sakit : -
    • kanser tahap 1 2 3 dan 4 dah ada bnyak testimoni dan herba ini jugak sesuai untuk pesakit yang sedang melakukan kimo untuk tmbah selera makan,platelet darah dan rambut tidak gugur seperti pesakit yang buat kimo, cerdas boleh memasak dan jalan-jalan walau baru sehari kimo.
    • Darah tinggi
    • Masalah saraf dan stroke
    • cysts
    • Kitaran haid tidak teratur dan ikhtiar hamil, kerana salah satu punca sukar hamil apabila kitaran haid tidak teratur
    dan lain2 penyakit cuba berubat dgn saya mohd zuhairi bin noordin (017 4687570) cuba wasap saya atau call saya..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.saya mengunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik dan berkesan Insya Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Senarai Wakil Penjual & Pengedar

Madu Tualang Rimba (Fakta-Fakta Menarik)