Madu Tualang Rimba (Fakta-Fakta Menarik)
MADU TUALANG RIMBA ZAWANI
(Madu yang telah diuji melalui ujian makmal MARDI) No. Rujukan Ujian: TS3/TC/2017-0761.
مادو توالڠ ريمبا زواني
Madu Tualang Rimba jenama Zawani telah berada di pasaran bermula dalam skala kecil sejak tahun 2011. Kini Madu Tualang Rimba Zawani telah mula beredar secara meluas di sekitar Lembah Klang serta negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.
Zawani Salam Enterprise selaku pengeluar produk Madu Tualang Rimba Zawani adalah pembekal serta pengedar madu tualang dan madu kelulut untuk pasaran seluruh Malaysia.
Madu Tualang Rimba diperoleh dari sumber sarang-sarang lebah tualang liar yang terdapat di hutan belantara pedalaman Semenanjung Malaysia.
Madu Tualang Rimba telah diuji melalui ujian makmal MARDI untuk tujuan pengesahan isi kandungan serta ketulenan (keasliannya).
Bermula pada tahun 2021, semua madu keluaran kami telah diuji ketulenan di makmal Institut Genom Malaysia, Bangi, Selangor.
Madu tualang rimba (hutan) amat terkenal sebagai sejenis madu yang begitu tinggi khasiat pemakanannya. Madu tualang rimba kini menjadi amalan pemakanan harian yang menyihatkan bagi kebanyakan orang. Rasanya yang begitu manis serta terasa seakan masam-masam sedikit di hujung memberikan aura yang tersendiri serta sangat menyegarkan.
Madu tualang rimba berasal daripada nektar bunga-bungaan hutan yang dihisap oleh lebah tualang liar (apis dorsata) yang kemudian bercampur lalu bersebati dengan enzim lebah untuk menghasilkan khasiat unik bagi kesegaran tubuh badan manusia yang tiada tolok bandingnya.
Madu Tualang Rimba Zawani dibekal dan diedarkan oleh Zawani Salam Enterprise. Harga jualan RM62.00 (botol besar 420 gram) dan RM30 (botol kecil 200 gram).
Pesanan boleh hubungi En. Din 014-2348314. COD Kota Damansara, Sg. Buloh, Subang, Petaling Jaya & Shah Alam. Penghantaran melalui pos untuk seluruh Malaysia (caj pos dikenakan).
Para peniaga pasar tani/pasar malam/pekedai runcit/pekedai jamu/peniaga online/peniaga individu yang berminat untuk mengedar/menjual madu tualang dan kelulut rimba ini kami berikan harga diskaun yang menarik.
BEBERAPA FAKTA MENARIK TENTANG MADU TUALANG:
Madu Tualang mendapat nama bukanlah kerana nama madu itu sendiri, bukan juga kerana nama lebah yang kononnya bernama lebah tualang namun sebenarnya nama tualang itu terbit daripada asal kebanyakan tempat habitatnya iaitu di pohon-pohon tualang.
(Sarang lebah tualang banyak didapati di kawasan hutan tebal pedalaman Semenanjung Malaysia)
Habitat sejenis lebah yang nama saintifiknya dikenali sebagai 'apis dorsata' dilihat lebih cenderung membuat sarang (habitat) di pohon-pohon tualang menyebabkan nama madu yang diambil dari sarang lebah ini dipanggil sebagai 'madu tualang'. Hakikatnya lebah ini juga membuat sarang di pohon-pohon tinggi lain seperti pokok kedondong rimba, durian hutan, meranti, nyatoh serta ada juga yang membuat sarang di celah-celah batuan gunung di kawasan hutan belantara.
Lebah jenis 'apis dorsata' ini selain dikenali sebagai 'lebah tualang' (Semenanjung) , juga dikenali sebagai 'lebah sialang' (Sumatera). Lebah ini bersaiz lebih besar berbanding lebah biasa, dikenali juga sebagai lebah gergasi atau lebah hutan. Lebah jenis ini gemar membuat sarang di pohon-pohon tinggi di dalam hutan dan kebanyakannya adalah di dahan-dahan pokok tualang.
Sarang-sarang lebah tualang ini dianggarkan boleh mencapai 80 hingga 100 buah sarang di atas sebatang pokok. Setiap dahan boleh mempunyai antara lima hingga lapan atau sepuluh sarang. Bayangkan jika sebatang pokok mempunyai sepuluh dahan atau lebih. Semuanya bergantung kepada saiz pokok itu sendiri.
Ketinggian sebatang pokok tualang boleh mencapai lapan hingga sepuluh tingkat bangunan atau lebih. Ada yang dahan pertama sahaja sudah di ketinggian lima tingkat bangunan. Pencari madu tualang biasanya menggunakan sejenis paku besar yang ditancapkan pada batang pokok sebagai tempat pijakan untuk memanjat. Pekerjaan ini sangat berisiko tinggi.
Hanya yang berpengalaman memanjat sahaja biasanya yang naik ke dahan pokok yang sangat tinggi itu manakala rakan-rakan yang lain dalam kumpulan tetap menunggu di bawah, menarik tali atau menolaknya ke atas untuk menurunkan potongan-potongan sarang yang telah dikerat dengan pisau kayu oleh rakan pemanjat.
(Lebah jenis apis dorsata/giant bee atau dikenali sebagai lebah gergasi gemar membuat sarang di pokok-pokok tinggi terutama pokok tualang)
Cara mengambil madu adalah pelbagai namun cara yang agak popular adalah dengan cara mengasap. Pencari madu akan menggunakan asap dari pembakaran sabut kelapa untuk menghalau lebah pada sarang. Setelah lebah itu lemas dan jatuh maka mudahlah sarang dipotong. Ada yang mengambil madu pada waktu siang dan ada juga pada waktu malam. Semuanya itu bergantung pada kepakaran masing-masing serta keadaan waktu yang sesuai.
Sejak kebelakangan ini cara mengambil madu telah sedikit berubah dengan pengambilannya banyak dilakukan pada waktu siang. Pemanjat mengenakan pakaian yang tebal (anti sengatan lebah), bersarung pada bahagian kepala serta menggunakan jaringan dawai bulat (seperti dawai penapis air) pada bahagian muka untuk melihat, tanpa dapat disengat lebah. Pemanjat akan segera memotong sarang yang dipenuhi madu biarpun dikerubungi beribu-ribu ekor lebah.
Sejak kebelakangan ini cara mengambil madu telah sedikit berubah dengan pengambilannya banyak dilakukan pada waktu siang. Pemanjat mengenakan pakaian yang tebal (anti sengatan lebah), bersarung pada bahagian kepala serta menggunakan jaringan dawai bulat (seperti dawai penapis air) pada bahagian muka untuk melihat, tanpa dapat disengat lebah. Pemanjat akan segera memotong sarang yang dipenuhi madu biarpun dikerubungi beribu-ribu ekor lebah.
Lebah tualang yang bersaiz lebih besar daripada lebah biasa ini mempunyai bisa sengatan yang lebih kuat. Bisa sengatannya boleh membawa maut jika seseorang itu diserang atau disengat secara berkumpulan. Oleh kerana pekerjaan yang sangat berisiko ini disamping khasiat tinggi yang dimilikinya, maka tidak hairanlah jika madu tualang hutan dijual di pasaran dengan harga yang tinggi.
Pencari madu lebah biasanya akan masuk ke tengah hutan berhari-hari lamanya untuk mendapatkan madu yang benar-benar berkualiti. Madu di kawasan hutan belantara di kawasan pergunungan terkenal dengan kualitinya yang amat tinggi. Perkara ini dapat dilihat apabila madu tersebut dibawa ke ujian makmal untuk dianalisis isi kandungannya.
Gambar: Hutan Hujan di Tasik Kenyir
Lebah tualang adalah sejenis spesis lebah liar yang sehingga kini 'tidak dapat dijinakkan' untuk dipelihara di sarang buatan atau untuk aktiviti peralihan dari habitat asal ke habitat baru yang 'disediakan oleh manusia'. Namun demikian beberapa kajian tetap terus dilaksanakan sama ada lebah spesis ini akan kekal dengan gaya hidupnya yang liar (semestinya dengan perlindungan dari segi undang-undang atau melalui perlindungan hutan simpan kekal) atau akhirnya nanti akan dapat juga dipelihara dengan cara baharu yang lebih memudahkan.
Madu tualang hutan ini amat berbeza berbanding 'madu pokok tepi jalan' (yang pastinya madu tualang hutan mempunyai kandungan khasiat yang jauh lebih baik). Contohnya kandungan gula sukrosa hampir tidak dapat dikesan pada madu tualang hutan gunung berbanding madu biasa. Menunjukkan lebah-lebah hutan ini menghisap seratus peratus manisan bunga-bungaan hutan semulajadi. Persoalannya, pernahkan anda lihat lebah-lebah menghurungi balang air sirap atau air tebu di gerai-gerai pinggir bandar? Atau singgah hinggap di gelas air minuman anda yang manis di gerai pinggir jalan? Lebah-lebah yang hidup di sekitar kawasan bandar amat terdedah kepada sumber pemakanan yang bukan daripada nektar tumbuh-tumbuhan semulajadi. Maka itulah jawapannya mengapa madu tualang hutan kawasan pedalaman dianggap lebih berkhasiat tinggi.
(Sarang lebah juga boleh didapati di pokok-pokok kawasan bandar namun kualiti madunya rendah. Paras gula sukrosanya dikesan tinggi tatkala diuji di makmal)
Lebah tualang yang mempunyai saiz tubuh lebih besar mempunyai kelebihan terbang menjangkaui beberapa kilometer lebih jauh berbanding lebah biasa yang kawasan liputannya yang terhad. Di samping itu jangkauannya juga boleh di tempat lebih tinggi berbanding lebah biasa. Hal ini memberi kelebihan untuknya dapat menghisap lebih banyak jenis manisan (nektar) tumbuh-tumbuhan di hutan termasuk nektar bunga-bunga pokok tinggi yang tidak dapat dijangkau oleh lebah biasa. Hal inilah yang menjadikan madu tualang hutan mempunyai nilai khasiat yang lebih tinggi.
Madu tualang mempunyai warna yang pelbagai. Warna-warna madu tualang berbeza mengikut tempat yang berlainan. Sekiranya di sesuatu tempat itu mempunyai banyak pokok gelam, warnanya mungkin berbeza dengan tempat yang mempunyai banyak pokok keruing atau meranti. Demikian juga kalau sesuatu tempat itu mempunyai kepelbagaian jenis pokok hutan, tentu warnanya lebih berbeza lagi. Warna madu tualang juga didapati berbeza mengikut 'usia' sarang. Sarang yang berusia lebih lama kebiasaannya mempunyai warna madu yang lebih gelap. Warna-warna madu tualang terdiri daripada warna kuning, kuning cair, putih-kuning (biasanya lebah tualang batu gunung), kuning keemasan, oren (jingga), oren-merah, merah-hitam serta hitam emas (black gold).
(Madu tualang hutan yang mempunyai warna oren kemerahan)
Ciri lain madu tualang ialah ia agak cair berbanding madu biasa. Kecairan madu tualang pada kebiasaannya ialah pada tahap 20 - 23%. Kandungan air yang tinggi ini menyebabkan madu tualang mempunyai rasa yang tidak terlalu manis namun memadai, disertai sedikit rasa masam (masamnya sangat sedikit, bukan seperti masam buah). Rasa seperti ini sangat sesuai dengan tekak kebanyakan kita orang Malaysia sehingga amat digemari ramai.
Kandungan air pada madu bukan kerana air hujan atau embun memasuki sarang lalu bercampur dengan madu. Jika hal itu berlakupun ia tidak akan bercampur dengan terlalu banyak. Kandungan air pada madu sebenarnya adalah bersumber daripada bunga tumbuhan itu sendiri yang mengandungi air yang dihisap oleh lebah bersama-sama dengan nektar bunga. Sepanjang pergerakan lebah membawa nektar yang juga bercampur air itu menuju ke sarang, sayapnya juga bekerja keras meniupkan angin agar kandungan air dapat dikurangkan apabila tiba di tempat pengumpulan madu di sarangnya.
(Lihat kewujudan gelembung-gelembung udara halus di dalam kandungan madu tualang rimba)
Madu tualang hutan terutama yang masih baru dituai mempunyai buih yang banyak. Gelembung-gelembung udara halus kelihatan memenuhi isi kandungan cairan madu diikuti buih di permukaan. Buih-buih ini akan hilang jika disimpan di dalam bekas tertutup seperti botol kaca atau balang dalam masa yang agak lama tetapi boleh muncul semula jika bekas itu digoncang atau berlaku pergerakan. Madu tualang mempunyai gas yang agak kuat. Kadangkala terdengar bunyi meletup tatkala kita membuka tudung botol buat kali pertama. Letupan itu berpunca daripada tekanan gas yang kuat pada madu.
Madu tualang ini sebaiknya disimpan di tempat yang terlindung, tidak di tempat bersuhu tinggi seperti berdekatan dengan dapur memasak serta tidak terdedah kepada pancaran cahaya matahari. Sebaiknya disimpan di tempat bersuhu bilik.
Pengambilan madu tualang oleh orang dewasa ialah satu atau dua sudu sederhana boleh diminum terus atau dicampur dengan segelas air kosong, diminum setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Bagi kanak-kanak pula hanya satu sudu, pada waktu yang sama.
Madu tualang ini sebaiknya disimpan di tempat yang terlindung, tidak di tempat bersuhu tinggi seperti berdekatan dengan dapur memasak serta tidak terdedah kepada pancaran cahaya matahari. Sebaiknya disimpan di tempat bersuhu bilik.
Pengambilan madu tualang oleh orang dewasa ialah satu atau dua sudu sederhana boleh diminum terus atau dicampur dengan segelas air kosong, diminum setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Bagi kanak-kanak pula hanya satu sudu, pada waktu yang sama.
Comments
Post a Comment